TERMS & CONDITIONS
ESPERANZA, yang dikenali sebagai Esperanza Empire (M) Sdn. Bhd. (selepas ini dirujuk sebagai “ESPERANZA”), dengan ini bersetuju untuk menyewakan kenderaan kepada anda (selepas ini dirujuk sebagai “Pelanggan”). Dengan menandatangani perjanjian ini, pelanggan bersetuju untuk menyewa kenderaan daripada ESPERANZA berdasarkan terma dan syarat yang telah ditetapkan.
ESPERANZA, known as Esperanza Empire (M) Sdn. Bhd. (hereinafter referred to as “ESPERANZA”), hereby agrees to lease a vehicle to you (hereinafter referred to as “the Client”). By signing this agreement, the Client agrees to rent a vehicle from ESPERANZA under the terms and conditions set forth.
TERMA DAN SYARAT / TERMS AND CONDITIONS
1) Kadar yang dinyatakan adalah untuk sekurang-kurangnya 24 jam pinjaman. Jam tambahan akan dikira setiap jam sehingga maksimum 5 jam sahaja. Untuk sewaan jangka masa panjang (bulanan), harga sewaan bulanan akan berubah mengikut musim sekiranya tiada kontrak sewaan.
1) The stated rate is for a minimum of 24 hours borrowing. Additional hours will be charged per hour, up to a maximum of 5 hours only. For longterm rentals (monthly), the monthly rental price will vary according to the season if there is no rental contract.
2) Jika Pelanggan melanggar terma dan syarat, tindakan akan diambil untuk di senarai hitamkan (CTOS) dan di bilkan 10% bayaran kepada Pelanggan setiap bulan.
2) If the Client violates the terms and conditions, action will be taken to blacklist (CTOS) and billed 10 % outstanding payments each month.
BAYARAN / PAYMENT :
3) Pelanggan hendaklah membayar kepada ESPERANZA untuk tempoh pinjaman kenderaan itu sejumlah wang yang dinyatakan dalam Dokumen Pinjaman semasa mengambil kenderaan. Pelanggan haruslah membenarkan ESPERANZA untuk mengenakan kesemua jumlah bayaran yang harus dibayar.
3) The Client shall pay ESPERANZA the total amount specified in the Rental Document for the vehicle rental period at the time of vehicle collection. The client must authorize ESPERANZA to charge the full amount payable.
4) Tiada bayaran balik, yang akan dibuat kepada pelanggan yang tidak mengunakan kenderaan semasa tempoh pinjaman. Untuk pembatalan tempahan pada bila-bila masa oleh pelanggan. Yuran tempahan yang telah dibayar hendaklah dilucutkan hak.
4) No refunds, will be made to client who do not use the vehicle during the rental period. For cancellation of the reservation at any time by the client, the booking fee that has been paid shall be forfeited.
KADAR TERMASUK / RATES INCLUDE:
5) 5000 kilometer sebulan untuk perkhidmatan dan penyelenggaraan (bagi pelanggan yang meminjam 4×4 dalam tempoh sebulan dan ke atas).
5) 5000 kilometers per month for service and maintenance (for client who rent 4×4 for a month or more).
6) Kadar dikenakan termasuk indeminiti penuh bagi kerosakan harta pihak ketiga dan kecederaan tubuh badan. Walau bagaimanapun, selaras dengan amalan insurans komersial, pelanggan sentiasa bertanggungjawab untuk jumlah yang sama dengan fasal lebihan yang tidak melebihi untuk Kumpulan A (RM5,000), Kumpulan B (RM10,000) dan Kumpulan C (RM15,000).
6) The chargeable rates include full indemnity for accidental damage to third party property and bodily injuries. However, in line with the commercial insurance practice, the client is always responsible for an amount equivalent to the excess clause not exceeding for Group A (RM5,000), Group B (RM10, 000) and Group C (RM15,000).
7) ESPERANZA menawarkan pelanggan pilihan untuk mengenepikan tanggungjawab kewangan yang disebabkan oleh kerosakan kenderaan semasa ia berada di bawah perjanjian pinjaman. lni boleh dilakukan dengan menerima Kerosakan Perlanggaran yang dikecualikan (CDW) / (SCDW) pada masa penghantaran / mengambil kenderaan itu dengan membayar harga yang telah ditetapkan dari kadar pinjaman. Walau bagaimanapun pelanggan bertanggungjawab untuk Kerosakan yang berlebihan untuk Kumpulan A (RM2,500), Kumpulan B (RM5,000) dan C (RM7,500). SCDW pula perlindungan indeminiti penuh.
7) ESPERANZA offer client the option to waive the financial liability for vehicle damage incurred during the rental period. This can be done by accepting the Collision Damage Waiver (CDW) / Super Collision Damage Waiver (SCDW) at the time of vehice delivery / collection by paying the predetermined fee based on the rental rate. However, for CDW, the client remains liable for excess damage costs for Group A (RM2,500), Group B (RM5, 000), and (RM7,500). SCDW provides full indemnity coverage.
8) Selain daripada caj pinjaman, pelanggan dikehendaki memberi deposit keselamatan iaitu wang tunai sebagai jaminan penggunaan kenderaan itu dengan sepatutnya untuk keseluruhan tempoh kontrak, deposit keselamatan akan dibayar balik jika tiada kerosakan atau saman yang dimaklumkan selepas 7 hari bekerja dari hari pemulangan kenderaan.
8) In addition to the rental charges, clients are required to provide a security deposit in cash as a guarantee for using the vehicle properly for the entire contract period. The security deposit will be refunded if no damage or fines are reported, after 7 working days from the vehicle return date.
KADAR TIDAK TERMASUK / RATES EXCLUDE:
9) Kerosakan akibat kecuaian seperti tayar pancit dan tayar pecah, kesilapan bahan api, kekurangan cas bateri akibat kecuaian mematikan peralatan elektronik, kerugian atau kerosakan kepada aksesori kenderaan.
9) Damage due to negligence, such as flat or burst tires, fuel errors, battery depletion due to negligence to turn off electronic equipment, and loss or damage to the vehicle accessories.
10) Pelanggan diingatkan bahawa kerosakan bawah kenderaan dan bahagian atas kenderaan adalah atas risiko pelanggan sendiri pada setiap masa. Semua insurans adalah tidak sah jika kenderaan dipandu di atas permukaan jalan tidak berturap.
10) Client are reminded that any damage to the underside and upper parts of the vehicle is at client risk at all times. All insurance coverage is void if vehicles are driven on unpaved road surfaces.
11) Kadar tidak termasuk petrol, bayaran tol (wang tunai, atau Smart TAG atau Touch ‘n Go), permit Singapura. caj letak kereta. denda trafik, caj lapangan terbang, bahan api & caj pilihan lain.
11) Rates do not include petrol, toll fees (cash, Smart Tag or Touch ‘n Go), Singapore permit, parking charges, traffic fines, airport charges, fuel & other optional charges.
PERATURAN PEMANDU / DRIVER REGULATION :
12) Pelanggan mestilah berumur di antara 24 dan 55 tahun.
12) Clients must be between the age of 24 and 55 years old.
13) Pelanggan mesti memiliki lesen memandu tempatan yang sah atau permit memandu antarabangsa dengan pengalaman memandu yang berkelayakan sekurang-kurangnya satu tahun.
13) Clients must possess a valid local driving license or an international driving permit with at least one year of qualified driving experience..
DOKUMEN KEPERLUAN / REQUIRED DOCUMENTS :
14) Salinan Kad Pengenalan / Pasport dan Lesen pemandu, Bil utility dan Kad Perniagaan (jika ada)
14) Photocopy of driver NRIC / Passport dan License, Utility bill and Business card (if any)
BAYARAN LETAK KERETA DAN DENDA TRAFIK / PARKING FEES AND TRAFFIC FINES :
15) Pelanggan hendaklah bertanggungjawab untuk ke semua bayaran letak kereta dan denda trafik semasa tempoh pinjaman.
15) Clients shall be responsible for all parking fees and traffic fines incurred during the rental period.
16) Pelanggan boleh menyelesaikan saman yang ada dalam tempoh sewaan atau ESPERANZA akan bayarkan dengan cara pemotongan daripada deposit.
16) Client can settle the summon during the rental period or ESPERANZA will pay by the way of deduction from the deposit.
LANJUTAN PINJAMAN / EXTENSION OF BORROWING :
17) ESPERANZA bersetuju untuk melanjutkan tempoh pinjaman sekiranya pihak ESPERANZA dimaklumkan oleh pelanggan 2 hari sebelum tarikh akhir hari pinjaman. Jika pelanggan gagal berbuat demikian, ESPERANZA berhak untuk menamatkan perjanjian pinjaman dan ESPERANZA mempunyai hak untuk mengenakan caj asas pelanggan pada kadar harian (24 jam) sehingga ESPERANZA mendapatkan kenderaan kembali.
17) Esperanza agrees to extend the rental period if the client notifies ESPERANZA at least 2 days before the rental end date. If the client fails to do so, ESPERANZA reserves the right to terminate the rental agreement and charge the client the standard daily rate (24 hours) until ESPERANZA retrieves the vehicle.
PEMBATALAN TEMPAHAN / BOOKING CANCELLATIONS :
18) Deposit Tempahan tidak akan dikembalikan jika pelanggan membuat pembatalan tempahan, sebaliknya pelanggan boleh memilih tarikh lain dalam tempoh kurang 1 tahun atau memilih pembatalan sepenuhnya.
18) Booking deposit are non-refundable if client cancels order. However, the client can choose another date within 1 Year or completely burnt.
SEKATAN MEMANDU / DRIVING RESTRICTION :
19) Semua kenderaan Malaysia di larang memandu keluar dari Semenanjung Malaysia.
19) All Malaysian vehicles are prohibited from driving out of Peninsular Malaysia.
LOKASI / LOCATION
20) Pelanggan harus memberikan info destinasi yang tepat dan benar. Jika berlaku penipuan lokasi, perjanjian akan terbatal serta merta & wang tidak akan dikembalikan.
20) Clients must provide accurate and correct destination information. If location fraud is detected, the agreement will be immediately terminated & no refund will be issued.
KEADAAN KENDERAAN / VEHICLE CONDITION :
21) Semasa dikembalikan, kereta yang dipinjam hendaklah berada dalam keadaan yang sama sewaktu semasa dipinjamkan. Jika tidak, pelanggan akan bertanggungjawab ke atas semua kos membaik pulih kenderaan itu kepada keadaan asal.
21) Upon return, the rented vehicle must be in the same condition as when it was rented out. If not, the client will be responsible for all cost required to restore the vehicle to its original condition.
22) Pelanggan bertanggungjawab untuk memaklumkan rekod servis kepada ESPERANZA dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kerosakan. Jika breakdown atau jaminan terbatal (Perkhidmatan Panel) yang disebabkan oleh kegagalan pelanggan untuk mengemas kini maklumat, caj penalti akan dikenakan.
22) The client is responsible for updating ESPERANZA of the service record from time to time to avoid breakdowns. If breakdown or void warranty (Panel Service) caused by the client’s failure to update the information, a penalty charge will be applied.
BARANG LARANGAN / PROHIBITION OF GOODS :
23) Semua barangan yang dilarang seperti (VCD cetak rompak, dadah, alkohol, dan lain-lain) dan barangan yang berbau tidak dibenarkan sama sekali (durian, ikan kering dan lain-lain).
*Pelanggan akan bertanggungjawab untuk membayar semua kos menghapuskan bau, termasuk perkhidmatan penghawa dingin.
23) All prohibited items such as (pirated VCDs, drugs, alcohol, etc.) and items with odor are strictly not allowed (e.g. durian, salted fish, etc.).
*Clients will be responsible for paying all costs associated with odor removal, including air-conditioning servicing.
